Buah cempedak di luar pagar, ambilkan galah tolong jolokkan. Hajat di hati ingin mengajar, kalau sudi tolong doakan...
Sunday, September 23, 2007
Dwi Bahasa
Memang sukar untuk berbual dan menulis dalam Bahasa Melayu seandainya tidak dibiasakan. Aku sangat beruntung kerana mempunyai atuk dan nenek yang kerap berbual dalam bahasa Melayu denganku sejak kecil. Mak dan bapak pula berbahasa Inggeris. Seandainya aku mempunyai cahaya mata, aku ingin dia mempelajari bukan sahaja Melayu dan Inggeris dengan fasih tetapi Bahasa Cina dan Arab :)
Thursday, August 9, 2007
Hari Kebangsaan
Aku gembira melihat keseronokan yang menyelubungi Sekolah Menengah Boon Lay sewaktu meraikan Hari Kebangsaan 2007. Alangkah indahnya jika setiap hari di sekolah begitu menggembirakan. Terharu sungguh mendengar para pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dengan suara yang lantang. Mungkin ada yang bergurau tetapi aku tetap rasa tersentuh kerana jarang sekali dapat mendengar pelajar-pelajar bahkan guru-guru menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca ikrar dengan penuh semangat!
Wednesday, July 25, 2007
Mencari dalam gelap
Meskipun ada beberapa pelajar yang mencabar kesabaranku, aku masih menyayangi mereka. Aku sedar bahawa kemarahanku bukanlah terhadap mereka tetapi terhadap kenakalan mereka.
Cuma yang aku kesal adalah mereka tidak menyayangi diri mereka sendiri. Semua pelajarku mempunyai potensi. Mereka bijak dalam pelbagai bidang dan mata pelajaran. Aku masih tertanya-tanya tentang sama ada mereka sedar bakat yang mereka miliki.
Aku kecewa melihat para pelajarku yang tenggelam dalam alam yang membawa kepada kemusnahan diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti, mereka akan sedar. Cuma yang aku khuatirkan, adakah mereka akan terlambat? Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka kerana kealpaan mereka.
Cuma yang aku kesal adalah mereka tidak menyayangi diri mereka sendiri. Semua pelajarku mempunyai potensi. Mereka bijak dalam pelbagai bidang dan mata pelajaran. Aku masih tertanya-tanya tentang sama ada mereka sedar bakat yang mereka miliki.
Aku kecewa melihat para pelajarku yang tenggelam dalam alam yang membawa kepada kemusnahan diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti, mereka akan sedar. Cuma yang aku khuatirkan, adakah mereka akan terlambat? Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka kerana kealpaan mereka.
Sungguh Penat
Walaupun aku baru sebulan lebih menjadi guru tetapi, aku rasa begitu letih sekali. Namun demikian, aku kembali bersemangat mengenangkan beberapa pelajar yang menyentuh hatiku dengan kesungguhan mereka. Merekalah sinar hidupku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini sebagai seorang pendidik.
Thursday, May 17, 2007
Hari Sukan 2007 Di BLSS
Hidup ini juga serupa dengan pertandingan lumba lari. Kita akan sentiasa bersaing dengan orang yang mungkin jauh lebih baik dari kita. Namun kita harus sedar bahawa apa yang memisahkan setiap pelumba adalah semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa. Terus berjuang hingga ke garisan akhir!!!
Teman-teman seperjuangan


Alhamdulilah, aku ditemukan dengan rakan-rakan guru pelatih yang telah menambahkan seri kepada pengalaman praktikumku di BLSS. Merekalah yang menemaniku sewaktu waktu rehat, berlawak jenaka, tempat untuk aku meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Meskipun kami akan ke sekolah-sekolah yang berlainan, aku harap hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. Insya'allah.
Praktikum di Sekolah Menengah Boon Lay
Aku begitu ghairah apabila aku mendapat tahu bahawa aku akan menjalani praktikum di BLSS. Sangking tidak sabar menanti ketibaan hari pertama, aku pergi ke BLSS beberapa hari sebelum waktu praktikum untuk menyesuaikan diri dengan sekolah tersebut.
Walaupun aku berhenti di perhentian yang salah dan terpaksa berjalan jauh, aku diselubungi suatu perasaan kegembiraan yang tidak mampu aku jelaskan apabila pandangan pertama menyinggap pada bangunan Sekolah Menengah Boon Lay. Malah aku bertambah bahagia apabila aku dapati bahawa sesetengah pelajar dari sekolah tersebut peramah dan berbudi bahasa. Bagaimana aku tahu? Itu rahsia... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
