Wednesday, July 9, 2008

Mungkinkah

Seribu kenangan mengusap lembut
Dengan pegangan erat
Tanganku dikau sambut
Tak kau biar diriku hanyut
Dalam kegelapan, dalam kesuraman
Dalam kesunyian, dalam tangisan
Mengapa harus kau dikunjung tamu
Dikunjung tamu membawa maut

Meskipun kita berjauhan
Dirimu kurasakan dekat
Walau tak kutahu mana pergimu
Aku pasti kau di singgahsana
Sedang beristirehat
Beristirehat dengan selamat

Dihatiku...
Kasihmu kusemat erat...

Mungkinkah kita bersua kembali
Mungkinkah kasih kita tetap sama
Adakah diriku dikau kenali
Mungkinkah bibirmu menyebut namaku
Dengan kasih
Dengan sayang
Dengan manja

Seperti dahulu...

10 comments:

Unknown said...

Siapa gerangan orang itu. Tentu yang istimewa ya!
Nice poem.

Natassja said...

Sajak tersebut adalah mengenai seseorang yang Cikgu sayangi yang telah dijemput oleh Yang Maha Kuasa. Ia menceritakan tentang bagaimana dahalu semasa hidupnya dia sangat memperhatikan Cikgu. Saya boleh merasakan kesedihan Cikgu dalam sajak tersebut kerana Cikgu berasa kehilangan apabila dia meninggal. Namun, Cikgu juga sedar bahawa kasih sayang orang tersebut tidak akan pernah luput dan dalam hati Cikgu ada perasaan bahagia kerana Cikgu yakin dia telah beristirahat dengan tenang di Syurga. Cikgu juga berharap Cikgu akan berjumpa dengannya di akhirat kelak. Orang yang tersayang tersebut mungkin adalah Datuk Cikgu.

Salam,
Natassja dan Sakinah
4E9

Anonymous said...

Saya rasa orang yang cikgu maksudkan ialah orang yang dekat di hati cikgu. Dia telah meninggalkan cikgu. Dia ke luar negara.Sudah lama peristiwa ini terjadi. 2 tahun dahulu.





Rafie & Asyraf

Anonymous said...

Mungkin Cikgu sedang meluahkan perasaan Cikgu tentang kematian seseorang yang terdekat. Mungkin Ibu Cikgu yang sudah pergi. Cikgu berasa sedih akan kehilangan seseorang yang Cikgu cintai. Cikgu berharap DIA sudah pergi dengan aman. Mungkin Cikgu berharap DIA tidak lupakan Cikgu.

(Firdhaus)

Anonymous said...

Pada pendapat saya,cikgu berkongsi dengan para pembaca apa rasanya jika cikgu kehilangan seseorang yang amat disayangi. Cikgu beritahu kita yang cikgu sangat rapat dengan seseorang ini. peristiwa ini sudah berlaku lama juga.cikgu berharap akan bertemu lagi dengan orang itu.

Masturina

Anonymous said...

Kami rasa sajak ini mengisahkan tentang kehilangan seseorang yang amat kita sayangi. Walaupun seseorang itu sudah pergi, kehadirannya masih tetap kita rasakan. Mungkin penulis sajak ini kehilangan ibunya kerana dia menyebutkan tentang kasih sayang yang ada pada seseorang ibu. Ini melalui bimbingan yang telah diberi kepada penulis daripada ibunya.

Daripda: Farhana dan Fira

Anonymous said...

Perengan pertama: Seseorang itu telah kembali ke Rahmatullah. Orang itu amat rapat dengan cikgu. orang itu telah membantu cikgu dalam masa-masa yang sukar.

Perengan kedua: Walaupun orang it tidak lagi bersama cikgu,cikgu masih merasa terikat dengannya. Cikgu merasa dia selamat.

Perangan ketiga & empat: cikgu berharap bahawa orang itu masih memikir tentang cikgu dan cikgu harap dia masih sayangi cikgu seperti dahulu...

Syafiq.Syaril.Hayrul Haziq.

Dzul&Farhan said...

Seorang yang tersayang telah meninggal, dan tidak diberitahu tentang ketinggalannya. Penulis berasa sedih kerana ditelan oleh perasaan risau dan tidak tahu tentang keadaannya. Ini terjadi dua tahun dan tiga bulan dahulu.

Dzul dan Farhan

dahliah said...

orang itu sangat rindu akan cintanya yang sudah mati dalam sebuah kemalangan. dia berharap cintanya dicucuri rahmat. dia menyesal kerana tidak dapat bersua dengannya sebelum dia mati. sekarang, hanyalah kenangan-kenangan mereka yang tinggal. dia harap dia masih hidup dan dapat bersua dengannya bersama-sama.

Anonymous said...

Seorang yang istimewa telahpun meninggal dunia. Cikgu sedang mengimbas kembali kenangan-kenangan manis bersamanya. Mungkin datuk cikgu telah meninggal dunia baru-baru ini. Dia telah membimbing cikgu sepanjang hayatnya. Cikgu menulis sajak ini kerana cikgu terkenang masa silam cikgu bersama datuk cikgu. Sebagai contoh, datuk cikgu pernah mengajar sebagai seorang guru untuk cikgu dan kini cikgu pula yang mengajar sebagai seorang guru.


Safwan, Jasni dan Riz