Wednesday, July 25, 2007

Mencari dalam gelap

Meskipun ada beberapa pelajar yang mencabar kesabaranku, aku masih menyayangi mereka. Aku sedar bahawa kemarahanku bukanlah terhadap mereka tetapi terhadap kenakalan mereka.

Cuma yang aku kesal adalah mereka tidak menyayangi diri mereka sendiri. Semua pelajarku mempunyai potensi. Mereka bijak dalam pelbagai bidang dan mata pelajaran. Aku masih tertanya-tanya tentang sama ada mereka sedar bakat yang mereka miliki.

Aku kecewa melihat para pelajarku yang tenggelam dalam alam yang membawa kepada kemusnahan diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti, mereka akan sedar. Cuma yang aku khuatirkan, adakah mereka akan terlambat? Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka kerana kealpaan mereka.

Sungguh Penat

Walaupun aku baru sebulan lebih menjadi guru tetapi, aku rasa begitu letih sekali. Namun demikian, aku kembali bersemangat mengenangkan beberapa pelajar yang menyentuh hatiku dengan kesungguhan mereka. Merekalah sinar hidupku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini sebagai seorang pendidik.