Monday, November 13, 2006

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalananku untuk menjadi seorang guru yang berwibawa masih jauh sekali. Tidak kutahu bila titik permulaan perjalanan itu dan aku rasa tiada penghujungnya.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah dipertemukan dengan guru-guru misali dan rakan-rakan yang berada di sampingku, mendorong dan membantu diriku. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Pengasih kerana aku juga mempunyai keluarga dan teman istimewa yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanku.

Moga ruangan maya ini menjadi tempat untuk meluahkan buah fikiran mengenai perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan alam perguruan, khususnya tentang cara-cara untuk mengajar dengan berkesan, Insya'allah.

Meskipun perjalanan ini aku mulai dengan seribu keraguan, kebimbangan dan kejahilan, aku pohon pada Illahi agar diberi kepastian, keberanian dan pelita ilmu untuk menempuh perjalananku ini.

Gambar sisipan diambil di Taman Semulajadi Bukit Batok pada 13 November 2006, 12 tgh.