Thursday, May 17, 2007

Hari Sukan 2007 Di BLSS




Sungguh seronok melihat para pelajar dan para guru bergabung tenaga untuk menjayakan hari sukan. Walaupun banyak pihak yang pastinya berasa tertekan, aku rasa yang penting adalah semangat perpaduan yang aku harap akan tertanam dalam jiwa setiap Boonlayian. Aku bangga melihat ramai murid-muridku yang bertanding dengan penuh bersemangat dan meneruskan pertandingan meskipun tidak akan bergelar juara.

Hidup ini juga serupa dengan pertandingan lumba lari. Kita akan sentiasa bersaing dengan orang yang mungkin jauh lebih baik dari kita. Namun kita harus sedar bahawa apa yang memisahkan setiap pelumba adalah semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa. Terus berjuang hingga ke garisan akhir!!!

No comments: